Assalamualaikum geng, Alhamdulillah hari ini sudah masuk fasa kedua Ramadhan dan semalam merupakan Hari Nuzul Al-Quran. Dah lama aku tak coretkan sebarang cerita untuk dikongsikan di sini. Apa yang aku nak kongsikan pada hari ini bakal berkaitan dengan apa yang aku alami sepanjang aku cuti daripada menulis.
Beberapa hari yang lepas aku mengambil kesempatan
untuk meluangkan masa bersama saudara yang tinggal berdekatan dan kami telah
pergi ke Jalan TAR untuk membeli baju raya. Ya Allah, suasananya amatlah sesak
dengan ramai pengunjung dan cuaca yang panas membuatkan diri aku sendiri hampir
lemas dalam memilih busana raya. Disebabkan saudara aku mempunyai anak kecil
dan suasana kedai yang tidak sesuai untuk membiarkan anaknya berlegar- legar,
maka aku meminta saudara aku untuk dia tunggu di suatu sudut dan membiarkan aku
sahaja yang memilih baju untuk dibeli. Suasana yang sangat sebegitu, membuat
aku sedar bahawa adalah lebih baik sekiranya persiapan hari raya dibuat sebulan
awal daripada bulan Ramadhan. Alhamdulillah selepas berpanas- panasan, dapat
juga dua helai baju kurung untuk nenek saudara dan aku juga yang bantu membuat
pembayaran kerana suasana yang semakin sesak kerana semakin ramai pengunjung
yang tiba.
Dalam situasi kedua pula adalah di mana aku berasa yang diri aku dipergunakan orang, rasanya itu terlalu sakit dan selalu akan jadi sedih bila orang lain memperlakukan aku sebegitu. Apabila dah jadi situasi macam ni, satu jelah yang ada dalam otak aku “orang yang baik adalah orang memberikan manfaat untuk orang lain”. So. Aku pun cuba chill! Selalunya bila aku sedih aku akan mula fikir apa ayat yang aku boleh ungkap untuk meluahkan perasaan aku itu tanpa aku menjelaskan dengan nyata apa perasaan sebenar pada ketika itu. Aku bukanlah orang yang berterus terang dalam menyatakan perasaan lebih – lebih lagi apabila perkara itu melibatkan emosi yang tidak baik dan tidak wajar dicontohi. Makanya, siapa yang faham dan sedar akan makna di setiap status Whatsapp yang aku kemaskini, dia juga akan faham apa yang aku cuba sedang cuba jelaskan. Tapi Allah tu Maha Baik dengan kesedihan yang aku rasa itu dia hadirkan orang disekeliling yang pandai dalam menciptakan suasana yang lebih ceria. Alhamdulillah! Terkadang apa yang jadi dalam hidup ni, Allah tidak memberikan jawapannya secara langsung tetapi Allah akan berikan melalui orang sekeliling, cumanya antara kita sedar atau tidar sahaja.
Cerita ketiga ini pula berlaku apabila kawan- kawan lama masa zaman belajar kolej komuniti mengajak aku untuk berbuka puasa. Jika ingin diikutkan keadaan badan yang terlalu letih dan ditambah dengan sakit kepala akibat dua hari berjalan mencari baju raya di waktu panas, aku berasa tak larat untuk keluar bersama mereka. Tetapi disebabkan rasa bersama yang ingin aku hargai, aku pun bersetuju untuk menyertai. Mengikut perancangan kami akan berbuka bersama- sama akan tetapi telah berlaku beberapa keadaan yang menyebabkan rancangan berbuka kami tertunda sedikit. Dan disebabkan keletihan aku itu sebenarnya, aku hampir sahaja mahu mengundurkan diri daripada menyertai mereka tetapi aku positifkan diri juga sebab mahu luangkan masa bersama mereka dan tak nak membuat rakan lain yang ada tersinggung dengan tindakan aku. Dan Alhamdulillah sekali lagi aku pulang dengan gelak tawa juga meskipun diri ini penat tahap melampau. Terima kasih Ya Allah!
Melalui ketiga- tiga cerita yang aku kongsikan ini, korang dapat tak beberapa perkara yang boleh dijadikan contoh dan tauladan untuk rujukan di kemudian hari? Kalau tak dapat, meh sini aku explain:
1) Terkadang kita mengeluh tak dapat beli baju
raya, beli baju raya kepanasan dsbnya tetapi sedar tak kita saudara kita yang
jauh di sana bahkan tidak mampu nak membelinya?
2) Kita sedia maklum bahawa tahun ni rakyat
Malaysia baru dapat beraya dan bersua bersama keluarga, makanya akan ramai
manusia yang akan beraya sakan dan tentunya mereka mengambil peluang untu
membeli baju raya juga. Kita juga sedia maklum bahawa pengunjung di Jalan TAR
selalunya bukan sedikit-sedikit maka kitalah sepatutnya yang membuat persiapan
awal.
3) Setiap kali rasa down dan rasa dipergunakan orang
lain, beringatlah bahawa orang yang baik adalah orang yang bermanfaat untuk
orang lain.
4) Jika merasa tak okey, down, susah hati dsbnya
luahkan saja kepada Allah. InsyaAllah, Allah akan menukarkan kesedihan itu
dengan cara DIA bukan cara kita.
5) Terkadang bila kau moody cuba fikirkan dengan rasional sama ada perlu atau tidak berjumpa dengan kawa. Sekiranya, kau mampu kawal perasaan kau, maka silakan sama – sama meluangkan masa bersama.
Haa, setakat itu sahaja gengs, aku sumpah taip ni
sambil tersengguk- sengguk. Seharian tak tidur dari malam semalam dan sehingga
waktu petang sekarang ni.

Comments
Post a Comment