Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2018

Pilihan Raya Umum ke - 14

Hai, assalamualaikum gengs :) Dari tajuk entri aku rasa korang mesti dah boleh agak apa aku nak bebelkan kan?  Seperti yang aku pernah mention sebelum ini, semua warganegara Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas mesti kena mengundi.  Tapi aku lupa nak bagitahu yang sebelum membuang undi semasa Pilihanraya Umum, individu yang layak mengundi mestilah membuat pendaftaran pengundian di Pejabat Pos ataupun dekat pusat-pusat tertentu.  Pendaftaran pengundian kenalah dibuat untuk pengundi dapatkan maklumat berkenaan waktu, saluran dan mengenalpasti ahli DUN (Dewan Undangan Negeri) dan ahli Parlimen mana yang bakal kau undi. Okey? Nak tahu lebih,  sila baca sini!! Umur aku pun dah nak 22 tahun, tahun 2018 nih. Jadi secara logiknya, aku nih dah layak untuk mengundi dan aku pun sudah daftar mengundi dengan orang yang dapat memenuhi hasrat aku. YEEEAAAHHH!!  Tetapi keterujaan aku hancur dengan hampa apabila cek secara online yang takde sebar...

Ada Apa dengan Bulan Mei?

Hai, assalamualaikum gengs :) Aku tak tahu sama ada blog ni ada pembaca atau tidak, tetapi aku mengharapkan aku mampu memberi manfaat melalui penulisan aku di masa kini dan akan datang. aku bukanlah seorang yang baik, tetapi aku mencuba untuk menjadi seorang yang baik. hidup ini bukanlah mudah untuk terus bangkit dan melakukan kebaikan kerana setiap daripada kita itu takkan terlepas daripada diuji Allah. Oh ya, korang semua apa khabar? Aku tahu semua sihat sihat belaka kan? Kalau tak sihat, dapatkan rawatan yang sepatutnya dan jangan lupa makan ubat. Tetapi kalau kau sakit merindui seseorang adalah baiknya kau mendoakan si dia berada dalam perlindungan dan rahmatNya. itu tanda kau sayang, tak kisah lah sama ada mereka masih hidup mahupun yang sudah pergi meninggalkan kita. Semoga Allah berkati kehidupan kita dan mempermudahkan segala urusan kita. AAMIN ! ;) MEI Bulan Mei ini adalah bulan yang sinonimnya dikaitkan dengan sambutan Hari Buruh, Hari Ibu dan ju...