Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2018

Assalamualaikum, Test 123 ..

Assalamualaikum W.B.T. Hai korang!! Korang semua apa khabar? Sihat? Aku harap semuanya baik- baik sahaja. Agak- agaknya ada yang ingat aku lagi tak? Ada ke yang nak baca blog ni lagi? Ada ke yang ingat apa aku pernah post dekat dalam blog ni. Almaklum, aku jugak yang buat keputusan untuk delete semua post yang aku publish sebelum ni. Hmmm, apalah aku fikir masa itu kan? Aku mula berjinak menulis blog ini pada tahun 2016, yang mana pada masa itu tujuan aku menulis blog adalah sekadar mencari kekuatan dan meluahkan rasa serta berkongsikan tips untuk jimat berbelanja. Hmmm, hampir dua tahun aku meninggalkan blog ini dan pada tahun 2018 ini, aku harap sangat aku boleh meneruskan penulisan yang kian hilang kerna dicemburui waktu dan dimakan dek ketakutan menghadapi dunia luar (Ahhh, aku dah mula merepek). Aku nak mulakan penulisan blog ini semula kerna aku ingin menghabiskan sisa waktu yang ada sebagai penganggur yang kadangkala membuahkan hasil dan kadangkalanya t...