Skip to main content

Posts

Showing posts from 2018

Selamat Tinggal 2018 !

Hye semua, apa khabar? Sihat ke tak tu? Harapnya semua sihat belaka lah yea. Aamin.. Ehhhhehhhhh, Assalamualaikum..  Hmmm, sebenarnya hajat nak menulis blog untuk entri kali ini dah lama berputik, cuma tak berkesempatan nak kembangkan ideanya lagi. Jadi inilah harinya yang aku tunggu- tunggu untuk jadi rajin menaip segala curahan hati dan menyemat memori peristiwa yang berlaku kelmarin. Memandangkan tahun 2018 bakal melabuhkan tirainya, aku nak kongsi beberapa perkara yang berlaku beberapa minggu lepas dan sukacita aku ingin katakan semester dua baru je bermula! Tak tahu nak happy atau macam mana sebab aku okey je dengan dua dua keadaan. Dah namanya tanggungjawab aku sebagai seorang anak dan pelajar, maka itulah tugas aku (buat masa ni)... Okey, memandangkan semester dua dah bermula 10 Disember yang lalu, makanya keputusan semester satu aku pun dah dapat lah kan? Alhamdulillah, bersyukur dengan rezeki Allah beri. Keputusan keluar 1 Disember lepas, malam sebelum keputu

Belajar Mana?

Hye, assalamualaikum gengs.. Apa khabar? Sihat? Alhamdulillah kalau sihat, Allah masih beri izin untuk kita semua untuk meneruskan kehidupan sebagai hambaNya. Kalau tak sihat tu, cecepat pergi klinik ke atau makan ubat yea.. Terus kuat dan jangan putus asa untuk terus hidup okey? (kau dah kenapa..) Haih! Dah lebih lima bulan aku tak update   blog aku. Idea tu ada tapi aku sibuk dengan pelajaran aku (cheewahh) . Sebenarnya, aku malas nak kerah idea untuk tulis benda benda yang best dan feel nak menaip tu tak sampai lagi sehingga lah hari ini. Hari ini, aku dah habis semester satu dah dekat politeknik. Haaahaaa. Jap, aku masuk Politeknik?  Yup, aku sekarang belajar dekat  Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah  atau orang selalu panggil Politeknik Shah Alam. Alaaa, yang dekat tepi jalan (highway) .. Tapi tak ingat apa nama highway tu.. Politeknik ni adalah antara tiga politeknik premier di Malaysia. Aku ambil kos Diploma Pengajian Perniagaan. Kenapa aku amik k

Pilihan Raya Umum ke - 14

Hai, assalamualaikum gengs :) Dari tajuk entri aku rasa korang mesti dah boleh agak apa aku nak bebelkan kan?  Seperti yang aku pernah mention sebelum ini, semua warganegara Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas mesti kena mengundi.  Tapi aku lupa nak bagitahu yang sebelum membuang undi semasa Pilihanraya Umum, individu yang layak mengundi mestilah membuat pendaftaran pengundian di Pejabat Pos ataupun dekat pusat-pusat tertentu.  Pendaftaran pengundian kenalah dibuat untuk pengundi dapatkan maklumat berkenaan waktu, saluran dan mengenalpasti ahli DUN (Dewan Undangan Negeri) dan ahli Parlimen mana yang bakal kau undi. Okey? Nak tahu lebih,  sila baca sini!! Umur aku pun dah nak 22 tahun, tahun 2018 nih. Jadi secara logiknya, aku nih dah layak untuk mengundi dan aku pun sudah daftar mengundi dengan orang yang dapat memenuhi hasrat aku. YEEEAAAHHH!!  Tetapi keterujaan aku hancur dengan hampa apabila cek secara online yang takde sebarang rekod berkaitan pend

Ada Apa dengan Bulan Mei?

Hai, assalamualaikum gengs :) Aku tak tahu sama ada blog ni ada pembaca atau tidak, tetapi aku mengharapkan aku mampu memberi manfaat melalui penulisan aku di masa kini dan akan datang. aku bukanlah seorang yang baik, tetapi aku mencuba untuk menjadi seorang yang baik. hidup ini bukanlah mudah untuk terus bangkit dan melakukan kebaikan kerana setiap daripada kita itu takkan terlepas daripada diuji Allah. Oh ya, korang semua apa khabar? Aku tahu semua sihat sihat belaka kan? Kalau tak sihat, dapatkan rawatan yang sepatutnya dan jangan lupa makan ubat. Tetapi kalau kau sakit merindui seseorang adalah baiknya kau mendoakan si dia berada dalam perlindungan dan rahmatNya. itu tanda kau sayang, tak kisah lah sama ada mereka masih hidup mahupun yang sudah pergi meninggalkan kita. Semoga Allah berkati kehidupan kita dan mempermudahkan segala urusan kita. AAMIN ! ;) MEI Bulan Mei ini adalah bulan yang sinonimnya dikaitkan dengan sambutan Hari Buruh, Hari Ibu dan ju

Aku Tak Tahu Apa Yang Berlaku Sebenarnya.....

Assalamualaikum w.b.t. Apa khabar beb? Semoga semuanya sihat zahir dan batin. Rasanya dah sebulan lebih kot tak kemaskini blog nih. Nak kata sibuk, tidaklah sibuk sebenarnya. Cumanya masa idea datang mencurah, malas nak menaip. Bila dah tak ada idea, barulah terkedek-kedek nak menulis dan menyemak dekat blogger nih. Tetapi, kenapa... Sebenarnya, aku tak tahu apa yang aku rasakan saat dan ketika ini.  ku keliru dalam memilih arah tuju hidup aku yang seterusnya.  Kerja atau belajar? Aku tahu setiap daripada mereka mempunyai pendapat dan pandangan tersendiri untuk aku terus berjaya, tetapi sebenarnya berharap agar mereka tidak mendesak dan menerima jawapan aku seadaanya. Aku masih minat untuk belajar. Aku cemburu dengan rakan rakan sebaya aku yang sudah ada degree . A ku percaya, rezeki kita lain lain tapi kalau kawan aku boleh, takkan aku tak boleh . Lagipun perjalanan aku bermula agak lewat, aku baru sahaja menamatkan pengajian pada peringkat Sijil dari Kol

Assalamualaikum, Test 123 ..

Assalamualaikum W.B.T. Hai korang!! Korang semua apa khabar? Sihat? Aku harap semuanya baik- baik sahaja. Agak- agaknya ada yang ingat aku lagi tak? Ada ke yang nak baca blog ni lagi? Ada ke yang ingat apa aku pernah post dekat dalam blog ni. Almaklum, aku jugak yang buat keputusan untuk delete semua post yang aku publish sebelum ni. Hmmm, apalah aku fikir masa itu kan? Aku mula berjinak menulis blog ini pada tahun 2016, yang mana pada masa itu tujuan aku menulis blog adalah sekadar mencari kekuatan dan meluahkan rasa serta berkongsikan tips untuk jimat berbelanja. Hmmm, hampir dua tahun aku meninggalkan blog ini dan pada tahun 2018 ini, aku harap sangat aku boleh meneruskan penulisan yang kian hilang kerna dicemburui waktu dan dimakan dek ketakutan menghadapi dunia luar (Ahhh, aku dah mula merepek). Aku nak mulakan penulisan blog ini semula kerna aku ingin menghabiskan sisa waktu yang ada sebagai penganggur yang kadangkala membuahkan hasil dan kadangkalanya t