Assalamualaikum w.b.t. Apa khabar beb? Semoga semuanya sihat zahir dan batin. Rasanya dah sebulan lebih kot tak kemaskini blog nih. Nak kata sibuk, tidaklah sibuk sebenarnya. Cumanya masa idea datang mencurah, malas nak menaip. Bila dah tak ada idea, barulah terkedek-kedek nak menulis dan menyemak dekat blogger nih. Tetapi, kenapa... Sebenarnya, aku tak tahu apa yang aku rasakan saat dan ketika ini. ku keliru dalam memilih arah tuju hidup aku yang seterusnya. Kerja atau belajar? Aku tahu setiap daripada mereka mempunyai pendapat dan pandangan tersendiri untuk aku terus berjaya, tetapi sebenarnya berharap agar mereka tidak mendesak dan menerima jawapan aku seadaanya. Aku masih minat untuk belajar. Aku cemburu dengan rakan rakan sebaya aku yang sudah ada degree . A ku percaya, rezeki kita lain lain tapi kalau kawan aku boleh, takkan aku tak boleh . Lagipun perjalanan aku bermula agak lewat, aku baru sahaja menamatkan pengajian pada peringkat Sijil...
Assalamualaikum Semua. Cikmah merupakan anak kelahiran negeri Johor, berusia 20-an dan rakyat biasa yang memilih untuk berkongsi rasa, pengalaman dan cerita melalui penulisan. Saya tidak rajin pun update cerita itu ini, cuma saya akan berkongsi apabila lapang dan ada idea yang terlintas di fikiran. Selamat membaca dan semoga kalian berasa senang dengan penulisan saya ;) Semoga kalian sentiasa dilimpahkan rezeki dan dikurniakan kebaikan dalam kehidupan. P/s: Sekiranya nak komen, komen je tau. TQ