Hye, assalamualaikum gengs.. Apa khabar? Sihat? Alhamdulillah kalau sihat, Allah masih beri izin untuk kita semua untuk meneruskan kehidupan sebagai hambaNya. Kalau tak sihat tu, cecepat pergi klinik ke atau makan ubat yea.. Terus kuat dan jangan putus asa untuk terus hidup okey? (kau dah kenapa..) Haih! Dah lebih lima bulan aku tak update blog aku. Idea tu ada tapi aku sibuk dengan pelajaran aku (cheewahh) . Sebenarnya, aku malas nak kerah idea untuk tulis benda benda yang best dan feel nak menaip tu tak sampai lagi sehingga lah hari ini. Hari ini, aku dah habis semester satu dah dekat politeknik. Haaahaaa. Jap, aku masuk Politeknik? Yup, aku sekarang belajar dekat Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah atau orang selalu panggil Politeknik Shah Alam. Alaaa, yang dekat tepi jalan (highway) .. Tapi tak ingat apa nama highway tu.. Politeknik ni adalah antara tiga politeknik premier di Malaysia. Aku ambil kos Diploma Pengajian Perniagaan...
Assalamualaikum Semua. Cikmah merupakan anak kelahiran negeri Johor, berusia 20-an dan rakyat biasa yang memilih untuk berkongsi rasa, pengalaman dan cerita melalui penulisan. Saya tidak rajin pun update cerita itu ini, cuma saya akan berkongsi apabila lapang dan ada idea yang terlintas di fikiran. Selamat membaca dan semoga kalian berasa senang dengan penulisan saya ;) Semoga kalian sentiasa dilimpahkan rezeki dan dikurniakan kebaikan dalam kehidupan. P/s: Sekiranya nak komen, komen je tau. TQ