Assalamualaikum semua. Hari ni 3 Februari 2022, kali kedua aku balik dan pulang ke kampung. Tidak sangka menjadi sekerap ini, hmmm yelah selagi aku tidak dapat kerja full time . Sudah dua hari aku pulang ke sini dan semalam aku gerakkan adik- adik untuk mengemas satu bilik di rumah yang mana bilik tu menjadi bilik untuk menjemur pakaian dan bilik persalinan pakaian. Aku minta tolong dengan adik bongsu terlebih dahulu kerana adik pertama sibuk menguruskan hal rumah untuk memasak tengahari. Aku membentang satu tikar besar di ruang tamu dan mula memunggah plastik- plastik pakaian yang ada di dalam bilik tersebut. Rupa- rupanya bukan sahaja pakaian yang ada, buku- buku adik dari zaman sekolah, kotak- kotak daripada membeli televisyen, dan tv lama yang sudah rosak dan tidak boleh dipakai. Selesai memunggah plastik dan pakaian yang agak banyak, aku pun mula mengasingkan pakaian yang mahu dibuang, dicuci semula dan yang boleh dilipat terus. Dalam mengemas, tiba- tiba aku ...
Assalamualaikum Semua. Cikmah merupakan anak kelahiran negeri Johor, berusia 20-an dan rakyat biasa yang memilih untuk berkongsi rasa, pengalaman dan cerita melalui penulisan. Saya tidak rajin pun update cerita itu ini, cuma saya akan berkongsi apabila lapang dan ada idea yang terlintas di fikiran. Selamat membaca dan semoga kalian berasa senang dengan penulisan saya ;) Semoga kalian sentiasa dilimpahkan rezeki dan dikurniakan kebaikan dalam kehidupan. P/s: Sekiranya nak komen, komen je tau. TQ