Hai Assalamualaikum semua, Alhamdulillah hari ini sudah masuk hari kedua kita berpuasa. Hari ini rasa seronok dalam diri sebab dapat berbuat sesuatu yang lebih daripada biasa. Apa benda tu, biarlah rahsia. Alhamdulillah, malam tadi tidur awal dan tersedar untuk bangun sahur pada jam 5.17 pagi. Aku sahur dengan roti dan nugget saja, moga kenyang sampai berbuka nanti (Aamin!!).
Hari ini nak bercerita mengenai pinjaman pelajaran aku daripada Yayasan Pelajaran Johor. Jadi, seawal pagi tadi aku whatsapp adik aku untuk menanyakan kepastian sama ada surat daripada pihak YPJ telah diterima atau belum, dan ternyata suratnya masih belum diterima. Untuk pengetahuan rakan- rakan yang membaca blog ni, aku ada membuat pinjaman pelajaran kepada Yayasan Pelajaran Johor semasa aku sambung pelajaran di peringkat Diploma. Buat mereka yang ingin menyambung pelajaran dan ingin membuat pinjaman pelajaran, terutama untuk warga Johor boleh klik sini untuk tahu lebih lanjut mengenai Yayasan Pelajaran Johor.
Kemudiannya, aku pun pergi periksa
semula emel yang telah dihantar untuk mencari nombor yang boleh dihubungi untuk
bertanyakan perihal berkenaan. Sebenarnya aku risau sekiranya surat tersebut
sampai di alamat yang salah, kerana di kampung aku terdapat banyak lagi tempat yang
mempunyai nama yang sama tetapi di mukim yang berbeza dan sebagainya. Tidak apalah, aku semak terlebih dahulu laman
sesawang untuk periksa mana tahu kot- kot terima surat secara softcopy
ke? Surat itu tak ada akan tetapi ada sesuatu yang aku lihat, yang telah
membuatkan aku automatik menangis dan langsung menerbitkan air mata. Ini adalah
apa yang aku lihat dan (maaf details kena cover, tapi anda nampak kan column rebat)..
![]() |
| Alhamdulillah, Allahuakbar! |
Oleh yang demikian, aku terus whatsapp pihak YPJ untuk menyemak
keputusan pemohonan aku dan mendapatkan kepastian mengenai maklumat seperti
yang tertera di dalam laman sesawang tadi. Alhamdulillah, Alhamdulillah dan
Alhamdulillah, pegawai mengesahkan perkara tersebut dan sebenarnya surat masih
dalam proses untuk diposkan kepada alamat yang aku berikan. Alhamdulillah, bersyukur
untuk kedua perkara yang berlaku ini. Allah saja Maha Menegetahui apa yang ada
dalam hati aku. Dalam masa yang sama, aku turut rindukan arwah ibu. Hati ku
terkenang yang aku selalu berkongsi cerita dengan dia, kini segalanya sudah
berbeza dan aku harus terima.
Disebabkan sebelum ini aku sempat membayar beberapa kali ansuran bulanan untuk pinjaman, maka pinjaman tersebut mempunyai lebihan. Aku bertanyakan kepada pihak YPJ mengenai hal tersebut dan pegawai tersebut memberikan satu borang khas untuk menguruskan wang lebihan itu. Pihak YPJ bagi kita dua pilihan untuk wang lebihan tersebut.
Pilihan yang pertama, kita boleh meminta semula wang yang kita sudah terlebih bayar itu dimasukkan ke dalam akaun bank kita. Bagi pilihan yang ini, kita perlu sediakan penyata kewangan akaun bank kita yang menunjukkan dengan jelas nombor akaun simpanan atau akaun semasa kita. Pilihan yang kedua pula kita boleh menyumbangkan lebihan wang tersebut ke Tabung Kebajikan & Pelajaran YPJ. Setelah mengisi borang tersebut, kita perlu mengemelkan semula borang tersebut kepada pihak YPJ.
Alhamdulillah Ya Allah untuk segala
rezeki yang dikurniakan. Aku sedar segala ini milikMu dan aku hanya meminjam
saja daripada Kau. Semoga segala perkara yang jadi ini menjadikan aku tidak
lupa, sentiasa bersyukur atas segala nikmat dan ujian yang kau berikan. Terima
kasih untuk perkara baik- baik yang berlaku dalam hidup aku.
Buat saudara -mara yang banyak
membantu aku dari dulu sampailah aku berada pada hari ini, aku ucapkan
berbanyak- banyak (bukan ribuan atau jutaan, malah lebih dari itu..)terima
kasih atas segala bantuan, ucapan, sumbangan yang telah diberikan. Terima kasih
tidak terhingga buat saudara yang menjadi penjamin kedua aku selepas abah aku. Banyak
jasa dan kebaikan kalian yang diberi kepadaku, semoga menjadi saksi kalian di
akhirat nanti. Semoga kalian sentiasa diperluaskan rezeki, dilapangkan hidupnya
dan bahagia dunia akhirat!
Okay gengs, setakat itu jelah aku nak
berkongsi. InsyaAllah jika rajin menulis, nanti aku berceloteh lagi dan
berkongsi di sini. Maaf jika kata- kataku ada yang membuatkan kamu tidak selesa
dan sebagainya. Semoga kalian sentiasa peroleh rezeki yang baik dan
berpanjangan juga (Aamin..)
P/s : Ouh ye, untuk membuat pemohonan rebat ni sebenarnya ada syarat- syarat yang perlu dipenuhi. Korang boleh rujuk laman sesawang rasmi YPJ untuk tahu lebih lanjut. Bye!
.png)
Comments
Post a Comment