Ahad, 03/04/2022
Hai, assalamualaikum buat semua yang
sedang membaca entri pada kali ini. Hari ini merupakan hari pertama bulan
Ramadhan bagi mereka yang menetap di Malaysia. Untuk negara Islam
yang lain, aku kurang pasti tentang itu, mungkin korang boleh periksa dekat sebarang
laman sesawang kan? Jadi pada kali ini, aku ingin ceritakan perjalanan Ramadhan
pertama aku yang bermula daripada malam Ahad pada jam 11.30 malam. Disebabkan sudah
lama tidak bangun seawal pagi, aku whatsapp adik aku untuk kejutkan aku semasa sahur
nanti.
Tup tup tup… Rupanya sampai jam 5
pagi pun aku tidak boleh melelapkan mata.. Puas aku godeh segala media sosial
yang ada sehingga pada saat tu aku berkata “Nak scroll apa ni lagi” dan
sampailah aku berfikiran untuk install aplikasi Tiktok. Sebenarnya, aku pun
antara orang skeptikal mengenai aplikasi ini, akan tetapi hati aku berkata “Eh cubalah
install sekejap, kalau tak okey, kita uninstall lah balik. Macam biasa.”
Pada mulanya aku install aplikasi Tiktok yang memakan berapa puluh MB entah, tetapi selepas tu aku jumpa Tiktok Lite, jadi aku install lah Tiktok Lite disebabkan ruangan telefon bimbit aku yang sudah mengecil dan aku bukanlah orang yang suka install aplikasi yang tidak bekeperluan. Selesai install, aku pun mula lah sign up, lalu bermain lah beberapa video Tiktok di halaman FYP (aku lupa shortform untuk apa, For You Page… kot). Nak dijadikan cerita, ada suatu video motivasi daripada seorang ustaz yang berasal dari Indonesia telah membuat hati aku terjentik. Aku ambil buku dan terus mencatatkan isi video tersebut untuk menjadi motivasi hidup aku di kemudian hari. Begini kata- katanya :
Melalui video tersebut aku terus
scroll ke bawah untuk video yang lainnya dan ternyata persepsi aku berubah dan
aku merasakan bahawa Allah yang menggerakkan hati ini untuk melakukan ini
semua. Aku bersyukur kerana apa yang aku dengar dan aku lihat adalah seiring dengan
apa yang aku mahukan. Sungguh, Allah itu benar Maha Mengetahui setiap yang
terbaik untuk kita dan Allah Maha Mengetahui setiap apa isi hati kita tanpa
perlu kita berbicara. Sedang mencari hikmah melalui aplikasi tersebut, jam
sudahpun menunjukkan jam 5.19 pagi, maka aku siapkan makanan sahurku dengan dua
keping roti yang diletakkan dengan chocolate spread (aku tak tahu apa nak
sebut, hahaha…). Jadi makanan sahur untuk hari pertama aku adalah dua keping roti
dan air milo. Air milo tu aku beli dan termanis lah sangat dan mungkin
disebabkan makan dan minum benda bercoklat, aku terasa nak muntah tapi doa
supaya tak muntah dan jadi makanan yang baik untuk berpuasa di hari pertama
ini. Selesai makan, aku mandi dan menunaikan tanggungjawab yang sewajarnya. Disebabkan
belum tidur, aku pun rancang nak gantikan waktu tidur aku tapi sebelumtidur aku
memilih untuk baca Al- Waqiah.
Sebangunnya aku dari tidur tadi,
terasa tersangat indah tidur tadi, terasa bagai semua urusan dalam hidup ini dipermudahkan.
Mula hati ini bertanya, adakah ini hikmah membaca Al- Waqiah sebelum tidur
tadi? Disebabkan pelbagai perkara yang baik terjadi semasa hari pertama ini,
aku ambil keputusan untuk dicoretkan dalam blog aku sebagai ingatan dan mudah-
mudahan menjadi manfaat buat orang lain. Kembali membuka buku catatan yang aku
tulis tadi, ada seorang tiktoker yang mengingatkan untuk sentiasa
beristighfar jika menginginkan rezeki yang tidak disangka- sangka.
Jadi, jom beristighfar geng.
Bulan
puasa ini semua amalan kita lakukan akan dapat ganjaran yang berganda, jadi jom
sama- sama rebut peluang ini! Bulan ini juga pintu syurga dibuka
seluas-luasnya, semoga Allah mengampunkan dosa- dosa kita yang telah lalu!
Hmmm, ada masa lebih kurang empat jam
lebih untuk berbuka tapi aku dah mula pedih ulu hati (ehehehe). Semoga terus
kuat Mah!
Okay lah gengs, aku nak beransur dan selamat menjalani ibadah puasa semua orang 😊 Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik daripada Ramadhan tahun- tahun sebelumnya. Jangan lupa untuk bersyukur kerana terpilih untuk ditemukan dengan tetamu yang bernama Ramadhan 😉 Wassalam.



Comments
Post a Comment