Skip to main content

Datang dari Pelbagai Pelusuk untuk Hidup Di Bawah Satu Bumbung

Hai assalamualaikum gengs. Harapnya korang sihat selalu dan dilancarkan segala urusannya. Perasan tak bulan Ramadhan ni aku rajin nak update entri baru? Ahahaha, biasalah tetiba saja bulan ni rasa nak tulis selalu. Aku mahu cuba coretkan apa sahaja yang terfikir pada waktu itu dan simpankan saja di sini. Jadi pada hari ini, aku nak bercerita mengenai kawan serumah ataupun selalu korang panggil housemate. Kenapa nak cerita mengenai individu ini? Kerana hari ini merupakan hari lahirnya salah satu ex-housemate zaman belajar dulu.



Hari ni adalah hari lahir seorang housemate aku yang pernah duduk bersama sepanjang zaman diploma. Kami merancang untuk tinggal menyewa bersama seawal mulanya pengajian di Politeknik. Kami telah berkenalan sejak 2016 semasa belajar di Kolej Komuniti. Dahulunya, kami hanya classmate dan tidak menyangka akan rapat pada zaman diploma dengan menjadi housemate dan menjadi roommate pada semester terakhir menyewa. Banyak kenangan, luahan, permasalahan yang telah dikongsi bersama sepanjang tinggal bersama. Alhamdulillah selepas tidak tinggal bersama pun, kami ada juga meluangkan masa bersama. Akak harap kita kekal berhubungan dan jalinkan silaturrahim ini. Aamin. 

Okay, aku bukan nak bercerita mengenai itu saja tapi banyak (mungkin). Hidup menyewa dengan para penghuni rumah bukanlah suatu yang mudah untuk aku kerana kita perlu saling mengenal, memahami dan cekal berhadapan pelbagai kerenah manusia yang tinggal di bawah satu bumbung. Housemate adalah orang asing yang datangnya dari pelbagai pelusuk untuk menetap bersama. Pada awal permulaan wajarlah untuk berasa canggung dan tidak selesa tetapi di hari kemudiannya itu semuanya berbalik kepada kita untuk guna cara yang bagaimana bagi berurusan dengan manusia.

 Sekiranya kita sejenis yang mahukan privasi dalam hidup, berkemungkinan kita akan jadi seorang yang lebih selesa menyendiri dan bergaul dengan mereka pada waktu – waktu tertentu saja. Tetapi jika kita adalah sejenis yang suka bersosial, berkemungkinan kita akan menjadi sangat ramah dalam bergaul hingga selesa berkongsi apa saja yang dilalui dalam kehidupan seharian. Yelah manusia kan ada introvert, extrovert dan ambivert. Nak tahu klik sini.

Bila hidup bersama, satu hal yang kita perlu ingat bahawa tidak semua orang adalah seperti diri kita kerana tidak semua penghuni menerima didikan, pengalaman dan latarbelakang yang sama. Kepelbagaian sikap dan sifat dalam diri manusia ini lah yang bakal memberikan pelbagai pengalaman (baik dan buruk/manis dan pahit) dan pengajaran buat diri kita. Seandainya kita mempunyai housemate yang mempunyai fitrah yang berlawanan kita mudah mempunyai perasaan marah kerana apa yang terjadi adalah berlawanan dengan diri kita, akan tetapi sebagai manusia jangan lah cepat melatah. Cubalah untuk bertenang, memikirkan jalan penyelesaian yang terbaik buat kedua- dua pihak, menunjukkan contoh yang baik serta memberi teguran yang sewajarnya. Seandainya teguran telah diberi, maka terpulanglah kepada pihak dia untuk melaksanakannya atau tidak kerana mendidik bukanlah suatu hal yang mudah. Bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Maka jika seseorang dah besar panjang, agak sukar untuk dibentuk dan dididik untuk melakukan sesuatu yang bukan kebiasaanya.

Salah satu perkara yang penting dalam menjadi housemate ini adalah common sense. Contohnya, jika ada housemate yang telah bertindak dengan menyapu lantai dan membersihkan sawang, maka housemate yang lain boleh tolong untuk buangkan sampah pula. Seterusnya, kerjasama (saling melengkapi) juga merupakan perkara yang perlu ada apabila tinggal bersama. Misalnya tuan rumah mengatakan bahawa penghuni perlu berjimat cermat dalam penggunaan elektrik dan lebihan penggunaan akan dikenakan caj tertentu, maka bekerjasamalah dalam capai kata sepakat untuk berjimat dan jika harus membayar lebihan caj penggunaan, berbincanglah kepada berapa pihak sepatutnya lebihan caj dibayar.

Selain itu, perkara penting juga yang aku belajar dari pengalaman adalah komunikasi. Jangan biarkan tiada komunikasi terlebih- lebih lagi apabila melibatkan perkara tidak baik yang berlaku. Orang lain tidak akan faham apa yang kita mahukan untuk sebuah rumah atau dalam sesuatu situasi seandainya kita tidak mengeluarkan pendapat, teguran dan sebagainya. Jika kita berasa malu hendak mengutara secara terang- terangan secara dalam perbincangan, kita boleh memberikan pesanan (peribadi) melalui pelbagai platform yang wujud pada hari ini. Tuan rumah pun berkomunikasi kepada kita melalui kontrak sewa rumah kan?

Tapi kena ingat yang ….

Menegur jangan sampai menghina,

Menasihati jangan sampai menyakiti,

Mendidik jangan sampai memaki,

Meminta jangan sampai memaksa,

Memberi jangan sampai mengungkit.

- Sumber Google lah sebab pernah terbaca ayat ni suatu masa dahulu -

 

Haa dah banyak- banyak membebel ini rasanya ada dapat sesuatu tu tak? Maaflah kalau tajuk tak selari dengan apa isi yang ingin dibawa. Terkadang bahagian tajuk entri blog aku akan letak pada akhir penulisan aku.

Akhir kata, berbaik- baik lah kita sesama manusia walaupun kita mungkin tidak dilayan sebaik mana. Boleh jadi Allah hendak menguji kita dan menaikkan darjat kita. Tidak bersyukurkah kita menjadi insan terpilih dalam menjalani ujian ini? InsyaAllah, orang yang bersabar itu tidak akan rugi dan bakal rasa kemanisannya kelak. Nak tahu manisnya apa? Kena sabarlah.

Okey lah geng, aku nak undur diri dulu sebab nak dah berbuka puasa. Sebelum berbuka tu jangan lupa doa banyak- banyak tau, insyaAllah itu antara waktu yang dimakbulkan doanya. Buat yang pergi tarawih berjemaah di masjid malam nanti, berhati- hati dan jaga diri ye. Bye..

 

 

Comments

Popular posts from this blog

Appreciate People Around You

Hye Assalamualaikum korang! Sumpah dah lama gila tak update blog nih.. Nak kata busy , hmmm biasa biasa aje.. Ada masa kita sibuk, ada masa tak.. Hampir empat bulan tak update blog ni sebab aku takde idea nak tulis dan kerah idea dalam menghasilkan sebuah penulisan. HAAHAA (apa ke lawaknya aku ni). Kebanyakan masa yang aku ada, aku lebih habiskan untuk tenangkan fikiran aku daripada perkara yang memeningkan. Errrrkkk.. Hari ni 26 April adalah hari kelima aku cuti semester. Iyaa, aku dah habis semester dua. Last aku update blog masuk sem dua kan? Haa, tau tau dah cuti dah :) Ouh ye, berbalik kepada tajuk blog aku pada kali ini, aku nak cakap pasal sebuah penghargaan dan menghargai (maybe) . Idea ni bermula sebab aku baru je lepas makan tengahari dengan abah ibu adik, kemudian berlaku lah insiden insiden yang buat aku nak mengalir air mata. Well , aku ni memang hati mudah sayu gak when it comes about family.  Tadi masa makan tengahari, aku amik pinggan besa...

Lama Tak Dengar Khabar, Apa Cerita?

Hai, assalamualaikum kengkawan 😊😊 Dah lama kan aku tak menulis dalam blog ni? Dah lama juga aku tak meluahkan segala yang terbuku di dalam hati. Nak kata sibuk? 🤔🤔Hmmmm, biasa - biasa aja. Kesibukan biasa seperti seorang pelajar yang pastinya masih mempunyai masa untuk diri sendiri. Sempatlah jugak habiskan waktu layan movie, layan cerita korea (oppsss!!!) , install dan main game.  Alhamdulillah, pada saat dan detik ini aku sudahpun menamatkan perjalanan Diploma aku. Jadi, untuk entri kali ini aku share sikit mengenai perjalanan Latihan Industri aku. Perjalanan di semester akhir saat Latihan Industri bukanlah sesuatu yang mudah. Pelbagai dugaan dan cabaran yang dihadapi dan dilalui untuk menghabiskan Latihan Industri selama 5 bulan. Dugaan bukan sahaja wujud ketika menjalani Latihan Industri sahaja, akan  tetapi ia bermula sejak pencarian mencari tempat Latihan Industri lagi. Alhamdulillah dengan perancangan dan rezeki yang Allah tetapkan, aku dapat juga tempat menjalani L...

Ada Apa dengan Bulan Mei?

Hai, assalamualaikum gengs :) Aku tak tahu sama ada blog ni ada pembaca atau tidak, tetapi aku mengharapkan aku mampu memberi manfaat melalui penulisan aku di masa kini dan akan datang. aku bukanlah seorang yang baik, tetapi aku mencuba untuk menjadi seorang yang baik. hidup ini bukanlah mudah untuk terus bangkit dan melakukan kebaikan kerana setiap daripada kita itu takkan terlepas daripada diuji Allah. Oh ya, korang semua apa khabar? Aku tahu semua sihat sihat belaka kan? Kalau tak sihat, dapatkan rawatan yang sepatutnya dan jangan lupa makan ubat. Tetapi kalau kau sakit merindui seseorang adalah baiknya kau mendoakan si dia berada dalam perlindungan dan rahmatNya. itu tanda kau sayang, tak kisah lah sama ada mereka masih hidup mahupun yang sudah pergi meninggalkan kita. Semoga Allah berkati kehidupan kita dan mempermudahkan segala urusan kita. AAMIN ! ;) MEI Bulan Mei ini adalah bulan yang sinonimnya dikaitkan dengan sambutan Hari Buruh, Hari Ibu dan ju...