Hai
assalamualaikum geng, Alhamdulillah hari ini kita sudah pun menjalani ibadah
puasa untuk hari kelima. Macam mana puasa korang setakat ini? Berjalan lancar
tak? Jika berjalan lancar, Alhamdulillah. Jika sebaliknya, semoga kalian
diberikan kemudahan dan kekuatan dalam menjalani ibadah puasa ini. Tak nak
mukadimah panjang berjela, nak terus bagitahu yang pada entri blog kali
ini Mah hendak bercerita mengenai kebaikan. Kebaikan bukanlah sahaja tertumpu
kepada perbuatan sahaja tetapi juga meliputi pelbagai perkara yang boleh
berlaku dalam kehidupan. Antara contoh kebaikan adalah bercakap perkara yang
baik, beristighfar, mengaji, memberi pinjaman kepada kawan, bersikap jujur,
bertanggungjawab dan lain- lain perkara atau perbuatan yang mendatangkan
manfaat dan kemudahan kepada diri sendiri dan orang sekeliling.
Pepatah
pernah mengatakan berbuat baik berpada- pada, berbuat jahat jangan sesekali.
Bersempena bulan Ramadhan ini Mah pasti ramai yang berlumba- lumba untuk
berbuat kebaikan kerana mengejar ganjaran pahala yang lebih berganda. Bulan
Ramadhan ini juga melatih manusia untuk menjadi yang lebih baik daripada bulan-
bulan yang lainnya. Oleh yang demikian, janganlah berasa pelik jika ada kawan
atau teman kita yang tetiba saja berubah daripada kebiasaan mereka. Kita kena
ingat bahawa Allah yang pegang hati manusia dan hati ini bersifat berbolak
balik. Jika ada mereka yang ingin berubah, berikan kata semangat, tunjukan
contoh yang baik dan titipkan doa agar mereka diteguhkan hati dalam perjalanan
itu.
Okay
lah berbalik semula kepada tajuk berbuat baik, siapa je yang tidak suka
kebaikan? Siapa je yang tidak mahukan bila kita dapat kebaikan, manfaat,
kelebihan dan nikmat kan? InsyaAllah semua suka kecuali.... dia ada sebab
tersendiri untuk tidak suka akan kebaikan. Tapi itu urusan dia, kita tidak
perlu peduli. Kita yang mahukan kebaikan ini, kena lah fokus kepada perkara
yang baik dan yang memberi manfaat. Aku yakin mereka yang memilih untuk berbuat
kebaikan adalah mereka yang yakin dan percaya dengan balasan kebaikan yang
bakal diperolehi.
TAPI…
Pernah
tak bila kita buat kebaikan dekat seseorang, lepas itu kita mengharapkan yang
seseorang itu akan membalasnya kembali? Jika
ya, samalah. Dulu Mah pun ada juga perasaan macam tu, sampai lah dekat satu
tahap ni, Mah terfikir yang kita ni sebenarnya berbuat baik untuk dapatkan
balasan baik dari manusia atau mengharapkan balasan daripada Allah semata- mata
ek? Secara nyatanya, meletakkan pengharapan dekat manusia adalah sangat sakit
jika kita bertemu dan diuji dengan manusia yang tidak punya sikap menghargai.
Daripada kesakitan itu, ia mengajar kita untuk tidak meletakkan sebarang
harapan kepada manusia DAN jangan mengharapkan kebaikan kita
buat akan terbalas
Manusia
ini terkadang apabila buat baik dia terasa dirinya baik, tetapi perlulah
beringat bahawa Allah jua lah yang mengizinkan setiap kebaikan yang kita buat
dan Allah jua lah yang menutup aib kita daripada diketahui oleh orang lain.
Baikkan Allah.. Dalam diri kita penuh dengan khilaf, masih mengizinkan kita
melakukan kebaikan? Oleh itu, jangan mudah berasa bangga yang kemudiannya boleh
membawa kepada rasa riak, ujub atau takabbur dengan kebaikan yang kita lakukan.
Semoga kita sentiasa menjadi hamba yang bersyukur dan terus berbuat baik kepada
semua orang. Ingat, walaupun manusia tidak balas kebaikan kita, Allah akan
membalasnya nanti.
Selepas
itu..
Pernah
tak kita berbuat baik tetapi manusia lain tidak nampak pun apa kebaikan kita
buat? Perkara ini terjadi mungkin
kerana kita pernah mengalami situasi di mana kita rasa telah berpenat lelah
dalam melakukan sesuatu tetapi secara tiba- tiba kita dituduh tidak melakukan
sebarang pekerjaan, tindakan dan lain- lain yang berkaitan. Fuhhh, memang berat
rasanya bila menerima tuduhan seperti itu kan?
Melalui
pengalaman tersebut, ia membuatkan sebahagian manusia merasakan kebaikan yang
bakal kita lakukan pada masa hadapan perlu ditunjuk atau dipamerkan kepada
pihak tertentu. Well, untuk urusan kerja yang memerlukan kita menunjukkan
bakat, kebolehan dan prestasi, itu perlu dan boleh dipertimbangkan. Sekiranya
ia berkaitan untuk perkara yang melibatkan amal ibadah dan kebaikan, Mah
merasakan adalah lebih baik untuk menjadikan ia rahsia antara kita dengan Allah
sahaja. Kita perlu yakin Allah itu Maha Melihat, Maha Mendengar, Maha Adil dan
Maha Baik, DIA tidak akan membuat kita hampa.
Melalui
situasi sebegini, ia juga mengajar kita untuk memperbetulkan setiap niat kita
dalam cuba melakukan kebaikan. Setiap kali hendak melakukan sesuatu, tanya
semula hati kita, adakah aku buat ini untuk Allah atau untuk manusia lain
nampak kebaikan diri aku? Jawapannya ada pada diri kita sendiri. Melalui
beberapa pengalaman, seandainya kita niatkan untuk manusia nampak, memang itu
yang kita dapat dan apa yang kita lakukan tidak akan meninggalkan kesan dekat hati
kita TETAPI jika kita niat berbuat sesuatu untuk Allah,
insyaAllah tujuannya bakal sampai dan dengan izin Allah, manusia sendiri akan
mengecam kebaikan kamu.
Jadi
jika ada manusia yang memandang rendah kepada kamu kerana dia melihatmu seperti
kamu tidak melakukan apa apa, cuba bertenang. Ingatlah, Allah itu Maha
Mengetahui dan Allah itu Maha Melihat setiap apa yang kamu lakukan. Tidak
penting bagaimana pandangan manusia itu, cukup lah kamu dan Allah yang tahu
kebaikan dan amal soleh yang dilakukan. Jika niatmu sudah benar tetapi menerima
ujian daripada manusia dikeliling kamu, bertenang dan pujuklah hatimu.
Percayalah di sebalik ujian yang diberi Allah pasti ada sesuatu pengajaran yang
bakal diperoleh. Ujian yang Allah beri pasti tidak akan ada yang sia-sia buat
kita.
Okaylah, dah malam ni gengs. Mah mohon undur diri dan terimalah pesan untuk malam ini (hasil google lah). Semoga kalian terus teguh berlumba-lumba merebut membuat kebaikan bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Selamat Berpuasa korang 😊

Comments
Post a Comment