Skip to main content

Posts

Kenangan Akan Sentiasa Ada

Recent posts

Perjalanan Balik Ke Kampung, Cun Tak?

  Hai, assalamualaikum semua. Alhamdulillah, kita telah pun dapat menjalani bulan Ramadhan sehingga hari ini. Bagaimana diri kita sepanjang bulan puasa ini? Semoga segala perubahan dan peningkatan amal yang kita lakukan akan menjadi istiqamah. Fuhh, lama gila rasanya tidak update blog aku dan tidak draf sebarang cerita untuk dikongsi bersama. Hari ini baru rajin bukak laptop dan menggerakkan jari untuk menaip. Heehee. Mungkin pada entri kali ini, aku nak bercerita mengenai perjalanan aku pulang ke Johor untuk Hari Raya Aidilfitri. Sumber : Google Sebenarnya beberapa minggu yang lalu, pertimbangan aku untuk pulang ke kampung masih belum mendapat sebarang jawapan, akan tetapi disebabkan beberapa perkara, aku pun ambik keputusan untuk pulang. Makanya, aku cepat- cepat periksa tiket bas dalam Redbus dan terus beli. Disebabkan kali ini aku nak balik pada bulan puasa, maka aku memutuskan untuk mengambil bas pada waktu pagi supaya aku akan sampai ke Johor pada sekitar jam 1 atau 2 petang.

Rakyat Malaysia Raya Sakan 2022

Assalamualaikum geng, Alhamdulillah hari ini sudah masuk fasa kedua Ramadhan dan semalam merupakan Hari Nuzul Al-Quran. Dah lama aku tak coretkan sebarang cerita untuk dikongsikan di sini. Apa yang aku nak kongsikan pada hari ini bakal berkaitan dengan apa yang aku alami sepanjang aku cuti daripada menulis.   Beberapa hari yang lepas aku mengambil kesempatan untuk meluangkan masa bersama saudara yang tinggal berdekatan dan kami telah pergi ke Jalan TAR untuk membeli baju raya. Ya Allah, suasananya amatlah sesak dengan ramai pengunjung dan cuaca yang panas membuatkan diri aku sendiri hampir lemas dalam memilih busana raya. Disebabkan saudara aku mempunyai anak kecil dan suasana kedai yang tidak sesuai untuk membiarkan anaknya berlegar- legar, maka aku meminta saudara aku untuk dia tunggu di suatu sudut dan membiarkan aku sahaja yang memilih baju untuk dibeli. Suasana yang sangat sebegitu, membuat aku sedar bahawa adalah lebih baik sekiranya persiapan hari raya dibuat sebulan awal da

Datang dari Pelbagai Pelusuk untuk Hidup Di Bawah Satu Bumbung

Hai assalamualaikum gengs. Harapnya korang sihat selalu dan dilancarkan segala urusannya. Perasan tak bulan Ramadhan ni aku rajin nak update entri baru? Ahahaha, biasalah tetiba saja bulan ni rasa nak tulis selalu. Aku mahu cuba coretkan apa sahaja yang terfikir pada waktu itu dan simpankan saja di sini. Jadi pada hari ini, aku nak bercerita mengenai kawan serumah ataupun selalu korang panggil housemate . Kenapa nak cerita mengenai individu ini? Kerana hari ini merupakan hari lahirnya salah satu ex-housemate zaman belajar dulu. Hari ni adalah hari lahir seorang housemate aku yang pernah duduk bersama sepanjang zaman diploma. Kami merancang untuk tinggal menyewa bersama seawal mulanya pengajian di Politeknik. Kami telah berkenalan sejak 2016 semasa belajar di Kolej Komuniti. Dahulunya, kami hanya classmate dan tidak menyangka akan rapat pada zaman diploma dengan menjadi housemate dan menjadi roommate pada semester terakhir menyewa. Banyak kenangan, luahan, permasalahan yang telah

Berbuat Baik Untuk Siapa?

Hai assalamualaikum geng, Alhamdulillah hari ini kita sudah pun menjalani ibadah puasa untuk hari kelima. Macam mana puasa korang setakat ini? Berjalan lancar tak? Jika berjalan lancar, Alhamdulillah. Jika sebaliknya, semoga kalian diberikan kemudahan dan kekuatan dalam menjalani ibadah puasa ini. Tak nak mukadimah panjang berjela, nak terus bagitahu yang  pada entri blog kali ini Mah hendak bercerita mengenai kebaikan. Kebaikan bukanlah sahaja tertumpu kepada perbuatan sahaja tetapi juga meliputi pelbagai perkara yang boleh berlaku dalam kehidupan. Antara contoh kebaikan adalah bercakap perkara yang baik, beristighfar, mengaji, memberi pinjaman kepada kawan, bersikap jujur, bertanggungjawab dan lain- lain perkara atau perbuatan yang mendatangkan manfaat dan kemudahan kepada diri sendiri dan orang sekeliling. Pepatah pernah mengatakan berbuat baik berpada- pada, berbuat jahat jangan sesekali. Bersempena bulan Ramadhan ini Mah pasti ramai yang berlumba- lumba untuk berbuat kebaikan ke

Bismillah, Berita Baik di Hari Kedua Ramadhan

Hai Assalamualaikum semua, Alhamdulillah hari ini sudah masuk hari kedua kita berpuasa. Hari ini rasa seronok dalam diri sebab dapat berbuat sesuatu yang lebih daripada biasa. Apa benda tu, biarlah rahsia. Alhamdulillah, malam tadi tidur awal dan tersedar untuk bangun sahur pada jam 5.17 pagi. Aku sahur dengan roti dan nugget saja, moga kenyang sampai berbuka nanti (Aamin!!). Hari ini nak bercerita mengenai pinjaman pelajaran aku daripada Yayasan Pelajaran Johor. Jadi, seawal pagi tadi aku whatsapp adik aku untuk menanyakan kepastian sama ada surat daripada pihak YPJ telah diterima atau belum, dan ternyata suratnya masih belum diterima. Untuk pengetahuan rakan- rakan yang membaca blog ni, aku ada membuat pinjaman pelajaran kepada Yayasan Pelajaran Johor  semasa aku sambung pelajaran di peringkat Diploma. Buat mereka yang ingin menyambung pelajaran dan ingin membuat pinjaman pelajaran, terutama untuk warga Johor boleh klik sini untuk tahu lebih lanjut mengenai Yayasan Pelajaran Joho

Hari Pertama Puasa !

Ahad, 03/04/2022 Hai, assalamualaikum buat semua yang sedang membaca entri pada kali ini. Hari ini merupakan hari pertama bulan Ramadhan bagi mereka yang menetap di Malaysia. Untuk negara Islam yang lain, aku kurang pasti tentang itu, mungkin korang boleh periksa dekat sebarang laman sesawang kan? Jadi pada kali ini, aku ingin ceritakan perjalanan Ramadhan pertama aku yang bermula daripada malam Ahad pada jam 11.30 malam. Disebabkan sudah lama tidak bangun seawal pagi, aku whatsapp adik aku untuk kejutkan aku semasa sahur nanti. Tup tup tup… Rupanya sampai jam 5 pagi pun aku tidak boleh melelapkan mata.. Puas aku godeh segala media sosial yang ada sehingga pada saat tu aku berkata “Nak scroll apa ni lagi” dan sampailah aku berfikiran untuk install aplikasi Tiktok . Sebenarnya, aku pun antara orang skeptikal mengenai aplikasi ini, akan tetapi hati aku berkata “Eh cubalah install sekejap, kalau tak okey, kita uninstall lah balik. Macam biasa.” Pada mulanya aku install aplika